Perbandingan antara keadaan pembahagian kelas
Daripada dapatan kajian yang
diperolehi, terdapat perbezaan dan persamaan antara ketiga-tiga buah sekolah
iaitu Sekolah A, Sekolah B dan Sekolah C dari segi bilangan kelas dan bilangan
murid. Secara umumnya, ketiga-tiga buah sekolah mempunyai persamaan dari segi
bilangan murid dalam setiap kelas iaitu seramai 30 orang murid. Manakala perbezaan
antara ketiga-tiga sekolah adalah Sekolah A dan Sekolah B mempunyai 5 hingga 6
buah kelas bagi menengah rendah dan 7 hingga 9 buah kelas bagi menengah atas. Sekolah
C pula mempunyai 3 kelas setiap darjah. Bilangan kelas di sekolah rendah dan
menengah mempunyai perbezaan disebabkan oleh bilangan pelajar yang mendaftar
untuk belajar di sekolah tersebut.
Dari segi pembahagian pelajar di
kelas pula, Sekolah A dan Sekolah B menggunakan cara penempatan keupayaan
dengan membahagikan pelajar ke kelas mengikut kebolehan akademik, kokurikulum
serta minat pelajar seperti pelajar Tingkatan 1 akan dibahagikan mengikut
keputusan UPSR dan pelajar tingkatan 4 dibahagi mengikut keputusan UEC atau
PT3. Sekolah C menggunakan cara penempatan biasa iaitu mengagih pelajar secara
rawak dan bukan mengikut keputusan peperiksaan atau pencapaian kurikulum mereka.
Hal ini kerana, tujuan sekolah rendah adalah menghilangkan perbezaan antara
kelas agar tidak menimbulkan kesulitan kepada guru kelas untuk mengurus dua
jenis pelajar yang melampau manakala tujuan sekolah menengah adalah menekankan
rasa hormat terhadap perbezaan individu dan meminta guru untuk menjalankan
pengajaran yang disasarkan mengikut perangai, bakat, kecerdasan, keperibadian,
dan minat pelajar.
Seterusnya, ketiga-tiga sekolah
mempunyai pandangan yang berbeza dalam aspek kebaikan dan keburukan tentang
pembahagian kelas. Pihak sekolah A berpendapat bahawa kebaikannya ialah murid
akan berusaha untuk mencapai impian mereka manakala keburukannya ialah guru
kelas berasa sukar dalam pengajaran kerana kebolehan semua murid tidak sama. Pihak
sekolah B menilai kebaikannya ialah guru tidak menghadapi masalah terhadap
perbezaan tahap kognitif murid yang ketara, dan persaingan yang sihat dapat diwujudkan
dalam kalangan murid manakala keburukannya ialah mewujudkan perbandingan antara
kelas. Pihak sekolah C berhujah bahawa kebaikannya ialah pelajar yang lebih
pandai dapat membimbing pelajar yang kurang pandai manakala keburukannya ialah
pelajar akan bersembang sekiranya diatur untuk duduk dengan kawan yang lebih
rapat walaupun kebolehan akademik mereka tidak sama. Hal ini kerana, dasar yang
dianggap oleh jenis sekolah yang berbeza adalah tidak sama, maka setiap sekolah
mempunyai pandangan yang berbeza dalam aspek tersebut. Tetapi tujuan perbuatan
mereka adalah sama iaitu memberi faedah kepada pelajar sekolah masing-masing walaupun
mengambil dasar yang tidak sama.
Akhir sekali, terdapat perbezaan antara
ketiga-tiga buah sekolah dari aspek perancangan pelaksanaan sistem pengajaran
pada masa depan. Bagi Sekolah A, pihak sekolah merancang 30% lawatan sambil
belajar dan kelas bahasa asing akan dijalankan, serta subjek elektif yang tidak
perlu menjalankan peperiksaan juga akan disediakan kepada pelajar. Pihak
sekolah B mementingkan pencapaian dan perkembangan kokurikulum pelajar, dan
mengalakkan pelajar menyertai aktiviti atau persembahan yang disediakan. Pihak
sekolah akan menyediakan peluang untuk berkomunikasi dengan sekolah lain agar
dapat membantu akademik mereka. Pihak sekolah C pula lebih mementingkan subjek
seni, muzik, dan pendidikan jasmani, supaya murid dapat berkembang dengan
seimbang. Pihak sekolah juga akan menyediakan guru penyayang kepada murid darjah
6, supaya dapat memberi bantuan atas kesukaran akademik mereka. Tujuan tingkah
laku ketiga-tiga buah sekolah adalah sama iaitu meningkatan tahap pendidikan
pelajar sekolah mereka pada masa depan walaupun menjalankan strategi-strategi
yang berbeza.
Perbandingan
antara keadaan dalam kelas
Daripada
dapatan kajian yang diperolehi, terdapat persamaan antara ketiga-tiga buah
sekolah iaitu Sekolah A, Sekolah B dan Sekolah C dari segi penentuan jadual
bertugas. Secara umumnya, jadual bertugas ditentukan oleh guru kelas secara demokratik
dan kriteria permarkahan pertandingan kerbersihan kelas dalam setiap sekolah adalah
sama. Hal ini kerana, guru kelas berharap semua pelajar dalam satu kelas dapat
bertanggungjawab dan bekerjasama menjaga kebersihan kelas.
Selain
itu, terdapat perbezaan antara ketiga-tiga buah sekolah dari aspek cara
kesusunan kedudukan pelajar dalam kelas. Kesusunan kedudukan pelajar dalam
kelas di Sekolah A adalah ditentukan oleh guru kelas, tetapi guru subjek boleh
menyusun semula kesusunan kedudukan pelajar mengikut keperluan pangajaran. Sekolah
B memberi kebebasan kepada pelajar dengan meyusun kedudukan mereka secara
sesuka hati tetapi akan ditukar oleh guru kelas atau guru subjek jika didapati
tidak fokus terhadap pelajaran. Cara yang digunakan oleh Sekolah C adalah kedudukan
pelajar tahun rendah akan diagih secara kumpulan, dan pelajar akan bercampur
dengan kebolehan yang berbeza supaya dapat salin menbantu. Manakala kedudukan pelajar
tahun atas akan ditentukan dua orang sahaja, supaya mereka boleh fokus. Kedudukan
pelajar akan disusun semula oleh guru kelas mengikut ketinggian badan atau
perwatakan pelajar pada setiap bulan. Tindakan ini dijalankan oleh guru kerana
kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan
kedudukan pelajar seperti ini dapat memudahkan interaksi antara murid dengan
murid dan juga guru dengan murid.
Seterusnya,
ketiga-tiga buah sekolah mempunyai pandangan yang berbeza dalam kaedah
menceriakan kelas. Guru Sekolah A akan menghiaskan kelas mengikut kehendak
mereka, manakala tugasan kecerian kelas di Sekolah B akan dijalankan oleh pelajar
dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Bagi Sekolah C, guru kelas tahun
rendah akan menceriakan kelas dengan menggunakan gambar kartun untuk manarik
pelajar manakala guru kelas tahun atas akan menceriakan kelas dengan meletakkan
pelbagai maklumat pembelajaran seperti jadual kelas, jadual bertugas dan karya
pelajar di atas papan buletin. Hal ini kerana tujuan menceriakan kelas adalah
memberi perasaan yang selesa kepada pelajar untuk belajar dan keadaan ini juga akan
membangkitkan semangat belajar murid-murid di dalam kelas.
Di
samping itu, bagi aspek pembelajaran secara berkumpulan, ketiga-tiga buah
sekolah mempunyai pandangan yang sama iaitu guru kelas akan menentukan tugasan
tersebut dan mengikut keperluan pangajaran dengan belajar secara berkumpulan
jika menjalankan sebarang aktiviti. Keadaan ini berlaku kerana guru kelas telah
mengetahui keupayaan setiap pelajar dan akan membahagikan pelajar mengikut
tahap masing-masing untuk belajar secara berkumpulan.
Dalam kaedah menyusun meja pelajar di
kelas, ketiga-tiga buah sekolah mempunyai pandangan yang berbeza. Guru Sekolah
A akan menyusun meja pelajar secara demotraktik, manakala guru Sekolah C
menyusun meja pelajar tahun rendah secara berkumpulan dan menyusun meja pelajar
tahun atas secara berpasangan. Kedudukan akan berubah setiap bulan supaya
setiap pelajar berpeluang menduduk di tempat yang berbeza. Bagi Sekolah B,
pelajar akan menyusun meja secara rawak. Persekitaran luaran bilik darjah dapat
mempromosikan pembelajaran aktif. Oleh itu, kesusunan meja pelajar yang sesuai
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan memupuk semangat
bekerjasama, kemahiran komunikasi dan kemampuan pelajar dalam menyelesaikan
masalah praktikal.
Ketiga-tiga
buah sekolah mempunyai pandangan yang berbeza dalam aspek cara merekod
kehadiran pelajar. Pelajar Sekolah A tidak hadir ke sekolah selama 3 hari tanpa
alasan, pihak sekolah akan memaklumkan keadaan tersebut kepada ibu bapa. Jika
pelajar tidak hadir ke sekolah selama 10 hari tanpa alasan, surat amaran
pertama akan diberi oleh pihak sekolah. Jika pelajar tidak hadir ke sekolah
selama 15 hari tanpa alasan, pihak sekolah akan memberi surat amaran kedua manakala
tidak hadir ke sekolah selama 30 hari tanpa alasan, pelajar akan dibuang
sekolah. Bagi Sekolah C, pihak sekolah akan memberi amaran kepada pelajar yang
kehadirannya tidak baik. Selain itu, pihak sekolah juga akan membuat kunjungan
rumah ke rumah terhadap pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama sebulan. Bagi
merekod kehadiran pelajar Sekolah B, ketua kelas akan memaklumkan kepada guru
kelas, dan guru kelas akan memasukan maklumat kehadiran pelajar secara atas
talian. Pihak sekolah akan memberikan 3 kali surat amaran terlebih dahulu jika
tidak hadir tanpa sebab dan akan dibuang sekolah selepas 60 hari. Kehadiran
pelajar merupakan perkara yang penting dan perlu diambil perhatian oleh pihak
sekolah. Oleh itu, pihak sekolah akan mengambil tingkah laku dengan memberi
hukuman kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.
没有评论:
发表评论