2020年4月25日星期六

Perbincangan- Perbandingan antara keadaan pembahagian kelas dan perbandingan antara keadaan dalam kelas


Perbandingan antara keadaan pembahagian kelas
Daripada dapatan kajian yang diperolehi, terdapat perbezaan dan persamaan antara ketiga-tiga buah sekolah iaitu Sekolah A, Sekolah B dan Sekolah C dari segi bilangan kelas dan bilangan murid. Secara umumnya, ketiga-tiga buah sekolah mempunyai persamaan dari segi bilangan murid dalam setiap kelas iaitu seramai 30 orang murid. Manakala perbezaan antara ketiga-tiga sekolah adalah Sekolah A dan Sekolah B mempunyai 5 hingga 6 buah kelas bagi menengah rendah dan 7 hingga 9 buah kelas bagi menengah atas. Sekolah C pula mempunyai 3 kelas setiap darjah. Bilangan kelas di sekolah rendah dan menengah mempunyai perbezaan disebabkan oleh bilangan pelajar yang mendaftar untuk belajar di sekolah tersebut.
Dari segi pembahagian pelajar di kelas pula, Sekolah A dan Sekolah B menggunakan cara penempatan keupayaan dengan membahagikan pelajar ke kelas mengikut kebolehan akademik, kokurikulum serta minat pelajar seperti pelajar Tingkatan 1 akan dibahagikan mengikut keputusan UPSR dan pelajar tingkatan 4 dibahagi mengikut keputusan UEC atau PT3. Sekolah C menggunakan cara penempatan biasa iaitu mengagih pelajar secara rawak dan bukan mengikut keputusan peperiksaan atau pencapaian kurikulum mereka. Hal ini kerana, tujuan sekolah rendah adalah menghilangkan perbezaan antara kelas agar tidak menimbulkan kesulitan kepada guru kelas untuk mengurus dua jenis pelajar yang melampau manakala tujuan sekolah menengah adalah menekankan rasa hormat terhadap perbezaan individu dan meminta guru untuk menjalankan pengajaran yang disasarkan mengikut perangai, bakat, kecerdasan, keperibadian, dan minat pelajar.
Seterusnya, ketiga-tiga sekolah mempunyai pandangan yang berbeza dalam aspek kebaikan dan keburukan tentang pembahagian kelas. Pihak sekolah A berpendapat bahawa kebaikannya ialah murid akan berusaha untuk mencapai impian mereka manakala keburukannya ialah guru kelas berasa sukar dalam pengajaran kerana kebolehan semua murid tidak sama. Pihak sekolah B menilai kebaikannya ialah guru tidak menghadapi masalah terhadap perbezaan tahap kognitif murid yang ketara, dan persaingan yang sihat dapat diwujudkan dalam kalangan murid manakala keburukannya ialah mewujudkan perbandingan antara kelas. Pihak sekolah C berhujah bahawa kebaikannya ialah pelajar yang lebih pandai dapat membimbing pelajar yang kurang pandai manakala keburukannya ialah pelajar akan bersembang sekiranya diatur untuk duduk dengan kawan yang lebih rapat walaupun kebolehan akademik mereka tidak sama. Hal ini kerana, dasar yang dianggap oleh jenis sekolah yang berbeza adalah tidak sama, maka setiap sekolah mempunyai pandangan yang berbeza dalam aspek tersebut. Tetapi tujuan perbuatan mereka adalah sama iaitu memberi faedah kepada pelajar sekolah masing-masing walaupun mengambil dasar yang tidak sama.
Akhir sekali, terdapat perbezaan antara ketiga-tiga buah sekolah dari aspek perancangan pelaksanaan sistem pengajaran pada masa depan. Bagi Sekolah A, pihak sekolah merancang 30% lawatan sambil belajar dan kelas bahasa asing akan dijalankan, serta subjek elektif yang tidak perlu menjalankan peperiksaan juga akan disediakan kepada pelajar. Pihak sekolah B mementingkan pencapaian dan perkembangan kokurikulum pelajar, dan mengalakkan pelajar menyertai aktiviti atau persembahan yang disediakan. Pihak sekolah akan menyediakan peluang untuk berkomunikasi dengan sekolah lain agar dapat membantu akademik mereka. Pihak sekolah C pula lebih mementingkan subjek seni, muzik, dan pendidikan jasmani, supaya murid dapat berkembang dengan seimbang. Pihak sekolah juga akan menyediakan guru penyayang kepada murid darjah 6, supaya dapat memberi bantuan atas kesukaran akademik mereka. Tujuan tingkah laku ketiga-tiga buah sekolah adalah sama iaitu meningkatan tahap pendidikan pelajar sekolah mereka pada masa depan walaupun menjalankan strategi-strategi yang berbeza.

Perbandingan antara keadaan dalam kelas
            Daripada dapatan kajian yang diperolehi, terdapat persamaan antara ketiga-tiga buah sekolah iaitu Sekolah A, Sekolah B dan Sekolah C dari segi penentuan jadual bertugas. Secara umumnya, jadual bertugas ditentukan oleh guru kelas secara demokratik dan kriteria permarkahan pertandingan kerbersihan kelas dalam setiap sekolah adalah sama. Hal ini kerana, guru kelas berharap semua pelajar dalam satu kelas dapat bertanggungjawab dan bekerjasama menjaga kebersihan kelas.
            Selain itu, terdapat perbezaan antara ketiga-tiga buah sekolah dari aspek cara kesusunan kedudukan pelajar dalam kelas. Kesusunan kedudukan pelajar dalam kelas di Sekolah A adalah ditentukan oleh guru kelas, tetapi guru subjek boleh menyusun semula kesusunan kedudukan pelajar mengikut keperluan pangajaran. Sekolah B memberi kebebasan kepada pelajar dengan meyusun kedudukan mereka secara sesuka hati tetapi akan ditukar oleh guru kelas atau guru subjek jika didapati tidak fokus terhadap pelajaran. Cara yang digunakan oleh Sekolah C adalah kedudukan pelajar tahun rendah akan diagih secara kumpulan, dan pelajar akan bercampur dengan kebolehan yang berbeza supaya dapat salin menbantu. Manakala kedudukan pelajar tahun atas akan ditentukan dua orang sahaja, supaya mereka boleh fokus. Kedudukan pelajar akan disusun semula oleh guru kelas mengikut ketinggian badan atau perwatakan pelajar pada setiap bulan. Tindakan ini dijalankan oleh guru kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan kedudukan pelajar seperti ini dapat memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan juga guru dengan murid.
            Seterusnya, ketiga-tiga buah sekolah mempunyai pandangan yang berbeza dalam kaedah menceriakan kelas. Guru Sekolah A akan menghiaskan kelas mengikut kehendak mereka, manakala tugasan kecerian kelas di Sekolah B akan dijalankan oleh pelajar dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Bagi Sekolah C, guru kelas tahun rendah akan menceriakan kelas dengan menggunakan gambar kartun untuk manarik pelajar manakala guru kelas tahun atas akan menceriakan kelas dengan meletakkan pelbagai maklumat pembelajaran seperti jadual kelas, jadual bertugas dan karya pelajar di atas papan buletin. Hal ini kerana tujuan menceriakan kelas adalah memberi perasaan yang selesa kepada pelajar untuk belajar dan keadaan ini juga akan membangkitkan semangat belajar murid-murid di dalam kelas.
            Di samping itu, bagi aspek pembelajaran secara berkumpulan, ketiga-tiga buah sekolah mempunyai pandangan yang sama iaitu guru kelas akan menentukan tugasan tersebut dan mengikut keperluan pangajaran dengan belajar secara berkumpulan jika menjalankan sebarang aktiviti. Keadaan ini berlaku kerana guru kelas telah mengetahui keupayaan setiap pelajar dan akan membahagikan pelajar mengikut tahap masing-masing untuk belajar secara berkumpulan.
Dalam kaedah menyusun meja pelajar di kelas, ketiga-tiga buah sekolah mempunyai pandangan yang berbeza. Guru Sekolah A akan menyusun meja pelajar secara demotraktik, manakala guru Sekolah C menyusun meja pelajar tahun rendah secara berkumpulan dan menyusun meja pelajar tahun atas secara berpasangan. Kedudukan akan berubah setiap bulan supaya setiap pelajar berpeluang menduduk di tempat yang berbeza. Bagi Sekolah B, pelajar akan menyusun meja secara rawak. Persekitaran luaran bilik darjah dapat mempromosikan pembelajaran aktif. Oleh itu, kesusunan meja pelajar yang sesuai dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan memupuk semangat bekerjasama, kemahiran komunikasi dan kemampuan pelajar dalam menyelesaikan masalah praktikal.
            Ketiga-tiga buah sekolah mempunyai pandangan yang berbeza dalam aspek cara merekod kehadiran pelajar. Pelajar Sekolah A tidak hadir ke sekolah selama 3 hari tanpa alasan, pihak sekolah akan memaklumkan keadaan tersebut kepada ibu bapa. Jika pelajar tidak hadir ke sekolah selama 10 hari tanpa alasan, surat amaran pertama akan diberi oleh pihak sekolah. Jika pelajar tidak hadir ke sekolah selama 15 hari tanpa alasan, pihak sekolah akan memberi surat amaran kedua manakala tidak hadir ke sekolah selama 30 hari tanpa alasan, pelajar akan dibuang sekolah. Bagi Sekolah C, pihak sekolah akan memberi amaran kepada pelajar yang kehadirannya tidak baik. Selain itu, pihak sekolah juga akan membuat kunjungan rumah ke rumah terhadap pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama sebulan. Bagi merekod kehadiran pelajar Sekolah B, ketua kelas akan memaklumkan kepada guru kelas, dan guru kelas akan memasukan maklumat kehadiran pelajar secara atas talian. Pihak sekolah akan memberikan 3 kali surat amaran terlebih dahulu jika tidak hadir tanpa sebab dan akan dibuang sekolah selepas 60 hari. Kehadiran pelajar merupakan perkara yang penting dan perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah akan mengambil tingkah laku dengan memberi hukuman kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.